#30 : K

Setiap masa
Aku mencari pelbagai cara
Dengan kuasa jari
Yang menekan - nekan keypad handphone
Semata - mata untuk mengetahui
Segalanya tentang dirimu

Disaat aku mulai bosan dengan semua itu
Kau mula mencariku
Menghantar whatsapp; by.
Entah mengapa
Niat jahatku muncul
Aku cuma ingin buat kau rasa sakit
Sakit yang dipanggil sakit hati
Segala yang kau kata kepadaku
Hanya ku balas dengan huruf itu
Aku sengaja menaip huruf itu
Huruf yang kau amat benci
Sangat jengkel

Padahal sebelum ini aku sibuk
Mahu tahu pasal kau
Sibuk stalk kau siang malam
Sibuk buat status berkenaan dirimu
Tapi aku degil
Aku tahu kau tidak suka huruf itu
Namun tetap mahu kau sakit
Sakit yang sama bila kau abaikan aku

Namun kini
Jika aku balas dengan itu
Kau akan memarahiku
Sehingga tidak membalas whatsappku
Ibarat budak kecil yang bergaduh
Kerana satu huruf itu

K


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

1 comment:

  1. yaa ni pernah berlaku pada ecah. bila send "k" .he tot i was mad at him. -.-

    byk bersabr yer=)

    ReplyDelete