#75 : MASALAH MEREKA

Semua memendam bagai malaikat di hadapan iblis di belakang
Mungkin saja tidak sefahaman
Boleh jadi juga kerna wujudnya puak
Yang menjadi mangsa tidak pula terfikirkan
Apa mangsa - mangsa itu dungu?
Yang hanya tahu mengangguk mengia menidakkan?
Bukan, mangsa itu yang tidak mampu bersuara kerana hormat, sayangkan mereka
Apa salah mangsa?

Kepada mereka lepaskanlah semuanya
Biar ada parut yang tertinggal, bukan bara api yang tersimpan


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

No comments:

Post a Comment