Darahku
Mengalirnya tidak kuminta yang jenisnya juga bukan pilihan
Bersama sel sebagai peneman
Cukup buatku mengenal bahagia, syukur, sakit dan penat
Oh graviti
Bukan niatku melawanmu
Ku cuma mahu mencipta sesuatu
Yang bila orang nampak bakal menghiperbolakan itu
Walau sejauh mana aku mencuba
Sebanyak manapun ikatan tercipta
Sejelek apapun setiap lukisan
Setiap salahku dalam perhitungan
Usahaku akan tetap seperti:
Keberadaan orbit yang setia
Jantung yang berdegup kencang
Pelangi yang tersusun indah
Laut yang kadang tenang kadang bergelora
Malangnya aku juga gas adi yang bongkak
Bersaksikan paksi melintang dan menegak
Ibarat lajur dan baris yang takkan terpisah
Berpaut untukku terus kekal selari
Menyimbah semua kekusutan menerima setiap beban
Mengharungi segala perjalanan
Dalam setiap lakaran yang ku buat
Begitulah jadinya aku di masa akan datang
No comments:
Post a Comment