#59 : SAYANG SEBAGAI TEMAN

Mungkin silap aku yang pernah menolakmu
Tapi ketika itu aku hanya fikir tentang dia
Dia yang sebenarnya sudah melupakanku
Ketika itu aku mula membandingkan dirimu dan dirinya
Bezanya aku sayang dia dan sangat sayang dia
Malangnya aku kurang pasti dia bagaimana
Mungkin ya mungkin juga tidak
Kononnya dulu dia amat menyayangiku
Aku lupa
Pilihlah orang yang sayang kita 
Berbanding orang yang kita sayang

Kini

Aku dan dia sudah semakin menjauh
Aku dan kau? Nampaknya seperti tiada harapan
Ku katakan seperti itu kerna kau sudah sayang perempuan lain
Jujur ku katakan aku mula cemburu juga
Apakah aku mula menyayangimu?
Kuanggap ini cuma rasa bersalah atas hal lalu

Bila ku tanya apakah dia sayang padaku
Tiada jawapan darinya malah menukar topik bicara

Bila ku tanya dirimu dan jawabmu
Kau sayang aku lebih dari aku sayang dirinya
Ku balas "Sebagai kawan?"
Kau seperti mengiyakan

Tahukah kau bahwa di dalam hati aku berharap kau menidakkan


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

No comments:

Post a Comment