#5 : RAJUK

Di katil
Aku baring
Diiringi air mata yang mengalir
Merenung telefon bimbitku
Menanti pesanan ringkas pujukan darimu
Sehingga mata ini ingin terlelap
Sedikit lagi

Tiba - tiba
Bunyi lagu ' Lucky '
Yang aku jadikan ringtone
Tanda panggilan darimu
Aku terbangun dan terus duduk
Aku sambut
Tapi aku diam

Kerana aku merajuk

Tidak
Aku bukan merajuk
Aku okay
Tapi aku mahu dipujuk oleh kau
Aku rindu mendengarkan kata - kata romantis
Kata - kata yang akan menjadi irama tidurku

Lantas kau katakan kau berada di luar rumah
Tanpa berfikir dan mendengar sambungan ayat itu
Aku matikan panggilan bergegas keluar
Kau tiada
Kau buat aku betul - betul merajuk
Kenapa harus menipu
Bunyi lagu ' Lucky ' sekali
Aku marah kau

Rupanya aku terlalu tergesa - gesa
Kau sebenarnya berada di luar rumahmu
Dan kau ingin aku melihat bulan
Sama seperti kau yang sedang melihat bulan waktu itu
Kerana kau mahu kita berdua rasa
Keindahan bulan pada detik yang sama


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

No comments:

Post a Comment