#23 : ORIGAMI

Dengan sehelai kertas segi empat sama
Kau lipat
Lipat lagi
Lipat dan lipat
Lipas sana
Lipat sini
Lipat di atas
Lipat di bawah
Lipat di bahagian kanan
Lipat di bahagian kiri

Kau begitu khusyuk
Hingga tidak sedar aku memandang
Bukan kertas yang kau lipat tapi wajahmu
Wajahmu yang lebih menarik perhatian berbanding kertas itu

Beberapa saat kemudian
"Siap"
Aku tersedar dari lamunku
Lalu kau genggam tangan kanan dan kirimu
Kau sua padaku
Menyuruhku memilih tangan yang mana
Aku memilih tangan kanan
Kau buka jari jemari
Dan terlihatlah kertas origami
Bentuk hati

Sayang, usahlah memberiku hati
Bila hatimu sudah kau bahagi


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

No comments:

Post a Comment