#85 : LALAI

Tuhan,
Entah untuk kali yang ke berapa hidupku terkapai
Hanya kerna kacau dengan hati untuk susuk tubuh manusia dan bukan untuk Kau

Ampunkan aku!


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

#84 : BUKAN KUPU-KUPU MALAM

Dia menanti seseorang tiap malam di lorong itu
Dengan harapan datangnya seorang pria yang ditunggu tunggu
Aku tahu dia akan terus tetap disitu tanpa jemu
Untuk menagih janji yang nyatanya tipu

Tapi sampai bila?


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

#83 : UNTUK DIRI

Buatlah keputusan yang terbaik
Yang mampu puaskan hati
Bukan kerana menjaga hati


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

#82 : UNTUK DIA YANG MELUPAKAN

Sudah jadi kawan rapat
Percaya satu sama lain
Kongsi segala suka duka
Tiba - tiba sepi


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"

#81 : PEREMPUAN BODOH

Pernah dengar satu cerita
Tentang seorang wanita
Yang sudah lama tidak berpunya
Bukan tidak ada yang mahu
Banyak
Sangat banyak
Tapi dia tolak
Sebab selama ini dia menyimpan rasa
Satu rasa yang tidak pernah dia ungkap
Kerana apa?
Dia tidak berani luahkan
Hingga satu tahap dia ingin bunuh diri
Sebab apa?
Kecewa
Akhirnya menderita


"Semua ini bicara sepenuhnya pakai hati bukan akal fikiran"